slide2 slide4 slide3 slide5 slide1 slide7

Soalan Lazim

1.0       Program dan Pelaksanaan Bisnes

2.0       Produk, Teknikal dan Kelebihan

3.0       Laman Web WOWFreeCall.com

 

1.0       Program dan Pelaksanaan Bisnes

1.1       Siapakah entiti penting program ini?

Penganjur program adalah syarikat Tone Excel Sdn Bhd. (Tone Excel). Laman web penganjur program ini adalah di www.toneexcel.com .

Perkhidmatan produk dibekalkan oleh Tune Talk Sdn. Bhd. (Tune Talk) Laman web pembekal perkhidmatan produk adalah www.tunetalk.com .

Laman web  WOWFreeCall di www.wowfreecall.com  adalah sebuah laman web peribadi dipunyai oleh ADMIN Kamaruzaman Zainal seorang ahli program ini yang bertaraf Service Center. Laman web ini bertujuan membantu ahli kumpulannya mempromosi bisnes ini secara online.

1.2      Bagaimana konsep perniagaan Program Rujukan Tone Excel ini?

Mengajak kenalan menggunakan talian Tune Talk melalui Sim Kad program rujukan ini iaitu Prepaid Tone Excel. Anda akan mendapat komisyen hasil dari Top Up mereka selama mana mereka menggunakan prepaid ini.

1.3       Siapa penganjur program ini dan bagaimana mereka membayar komisyen ahli?

Penganjur program ini adalah syarikat Tone Excel Sdn. Bhd. Syarikat akan membayar komisyen anda dengan cara memindahkan jumlah komisyen terus ke akaun peribadi anda pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan untuk PEMBAYARAN komisyen.

Syarikat tidak menyimpan komisyen tersebut dan akan memasukkan terus ke akaun anda apabila jumlah komisyen melebihi RM30.00.

1.4       Bagaimana nak sertai program ini?

Untuk sertai program ini anda perlu membeli dan menggunakan Sim Kad prepaid Tone Excel. 

1.5       Bagaimana nak dapatkan Sim Kad ini?

Daftar percuma dulu di laman web WOWFreeCall.com ini, kemudian LOGIN dan klik menu PEMBAYARAN (UPGRADE VIP) untuk membeli Sim Kad. Ia akan dihantar secara Poslaju kepada anda dalam 7 hari.

1.6       Berapakah harga bayaran yang dikenakan?

Harga prepaid Tone Excel adalah RM80.00 tidak termasuk kos penghantaran Poslaju iaitu RM10.00 (untuk penghantaran dalam Malaysia sahaja). Jumlah besar adalah RM90.00 sahaja. Di dalam Sim Kad tersebut telah tersedia nilai tambah (top up) bernilai RM30.00

1.7       Bolehkah warganegara asing join program ini?

Ya boleh, dengan syarat ada nombor passport dan akaun bank mesti akaun bank Malaysia.

1.8       Bolehkah mereka yang telah disenarai hitam oleh syarikat telekomunikasi join program ini?

Ya, boleh.

1.9     Berapa maintain bulanan untuk layak komisyen dan apa akan terjadi jika saya tak maintain?

Maintain bulanan ialah membeli Top Up berjumlah RM20.00 dalam masa sebulan. Jika tak maintain maka tak layak dapat komisyen tetapi akaun kekal aktif dan tidak mati.

1.10     Bila dan siapakah yang akan membayar komisyen saya?

PEMBAYARAN Insentif Fast Track Bonus Rujukan, adalah dibayar 2 kali iaitu pada 11 haribulan dan akhir bulan.

Insentif Komisyen Top Up pula dibayar sekali sebulan pada setiap 21 haribulan.

PEMBAYARAN dilakukan oleh syarikat penganjur iaitu Tone Excel Sdn Bhd terus ke akaun bank anda.

Bagi PEMBAYARAN Insentif Komisen Top Up, PEMBAYARAN akan dilakukan apabila anda mempunyai komisyen terkumpul minimum RM30.00.

1.11     Bagaimana jika komisyen saya pada bulan tersebut kurang RM30.00?

Jumlah tersebut akan dibawa ke bulan hadapan.

1.12     Adakah sebarang tolakan dari PEMBAYARAN komisyen?

Ya. Setiap satu transaksi pemindahan komisyen akan dikenakan tolakan RM3.00 yang merupakan Caj Perkhidmatan Bank.

1.13     Adakah saya perlu Top Up RM20.00 sekali gus untuk melayakkan menerima komisyen?

Jumlah RM20.00 boleh sekali gus atau juga boleh sedikit-sedikit asalkan jumlah sebulan adalah sekurang-kurangnya RM20.00.

1.14     Apa jadi jika saya tidak Top Up minima RM20.00?

Anda tidak dapat komisyen pada bulan itu sahaja dan komisyen ini tidak dikembalikan. Jika bulan berikut anda Top Up RM20.00, maka anda layak semula dapat komisyen bulan berikut.

1.15     Bolehkan seseorang menjadi ahli program tetapi akaun banknya adalah atas nama orang lain?

Boleh. Apa yang perlu dilakukan adalah ahli program perlu mengisi borang memberikan kebenaran kepada syarikat penganjur Tone Excel Sdn Bhd untuk memasukkan jumlah komisyen tersebut kepada akaun yang dinamakan.

Borang tersebut boleh di download di Pejabat Maya dan klik Ruang Download di panel kiri.

Sila download borang 3rd Party Bank Account tersebut, isikan dan fax ke 03-9057 5906.

1.16     Berapakah had bilangan penajaan aras 1, 2 dan 3?

Tiada had bilangan penajaan bagi setiap aras.

1.17     Kenapa saya tidak menerima komisyen?

Pertamanya, semak kelayakan anda. Adakah anda layak? Perhatikan juga tarikh PEMBAYARAN yang sepatutnya

Keduanya, perhatikan akaun bank anda, syarikat menggunakan akaun bank Ambank. Jika anda juga Ambank maka komisyen akan masuk hari yang sama (21hb). Jika selain akaun Ambank, maka kemasukan 1-2 hari lewat.

Ketiga, paling penting sila lihat maklumat bank anda. Adakah ia betul?

1.18     Adakah keahlian tamat sekiranya lama tidak menaja sesiapa?

Tidak

1.19     Bagaimana keahlian tamat?

Cara paling mudah untuk mengetahuai samada keahlian kita tamat atau tidak adalah melihat samada Sim Kad anda masih aktif atau tidak. Jika anda telah Top Up RM5 pun ke dalam Sim Kad dan ia masih tidak aktif lagi bermakna Sim Kad telah tamat tempoh maka keahlian Tone Excel anda juga tamat.

Untuk pengetahuan, Sim Kad Tone Excel memberikan tempoh 45 hari untuk Top Up selepas tamat tempoh Top Up anda. Selepas 45 hari, Sim Kad tidak boleh digunakan lagi.

1.20     Apakah laman web rasmi syarikat untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen?

Laman web rasmi ahli adalah di www.toneexcel.com . Setelah anda secara rasmi menjadi ahli program maka anda akan mempunyai satu akaun peribadi disini. Sila Login untuk melihat kedudukan kumpulan dan komisyen anda. Sila edit sebarang perubahan maklumat yang ingin dilakukan.

Setelah menjadi ahli rasmi program,  anda akan dibekalkan dengan username iaitu No IC/passport anda dan password awal 1234 yang boleh diubah semula oleh anda.

1.21     Bagaimana jika saya terlupa password untuk masuk ke laman web rasmi syarikat untuk melihat komisyen?

Anda perlu membuat panggilan secara terus ke Ibu Pejabat dan bekalkan maklumat peribadi kepada mereka. Ibu Pejabat akan setting semula password untuk anda.

1.22     Bagaimana memperbaharui keahlian yang tamat?

Anda perlu beli Sim Kad baru dan daftar semula.

1.23     Bolehkah saya buka banyak akaun ahli atas nama sama?

Boleh. Anda dibenarkan mendaftar 7 akaun ahli dengan menggunakan Sim Kad dan nombor Tune Talk berbeza.

1.24     Bagaimana memastikan kemasukan downline dalam kumpulan anda dan nombor keahlian mereka?

Login masuk ke dalam laman web syarikat di www.toneexcel.com dan klik Geneology, selepas itu dekatkan cursor anda pada gambar tersebut dan ia akan tunjukkan no ID keahlian downline anda.

1.25     Bolehkah anda mendapat Bonus Rujukan Fast Track RM20 jika menaja seseorang di Aras 2 atau 3?

Tidak. Bonus Rujukan Fast Track RM20 adalah apabila anda menaja sesorang terus di aras 1 sahaja.

1.26     Adakah kadar panggilan Tone Excel 28 sen/panggilan mahal?

Sudahkah anda melihat kadar dari DIGI ke telco lain? Jika anda melihatnya, kadar Tone Excel adalah antara yang termurah.

Keduanya, kita tidak boleh membandingkan secara terus nilai sesuatu pelan samada murah atau mahal kerana yang nyata pelan yang ada di pasaran adalah untuk mengutip duit prepaid anda! Sementara pelan Tone Excel membayar kembali sebahagian kepada anda.

Faktor harga semata-mata bukan tarikan utama dalam pemasaran sesuatu pelan.

1.27     Bolehkah mereka yang tinggal di Brunei, Singapura dan Indonesia menyertai program ini?

Memang ramai penduduk negara tersebut yang bertanyakan perkara ini kepada ADMIN. Walaubagaimanapun, program ini tidak terdapat di negara-negara tersebut lagi.

Walaupun penduduk negara tersebut boleh menyertai program ini tetapi beberapa perkara pokok perlu diatasi.

Pertama, Sim Kad boleh digunakan dengan cara roaming apabila digunakan di luar negara. Maka, kadar call adalah kadar roaming dinegara terbabit.

Kedua, tempat Top Up tiada di Negara-negara terbabit. Bagi penduduk di Singapura, ia boleh Top Up di Johor Bharu, Bagi Brunei pula adalah di Limbang.

Ketiga, akaun bank mesti bank Malaysia. Jika mereka ada akaun bank Malaysia, maka tiada masalah PEMBAYARAN komisyen.

Tiada halangan untuk menyertai program ini jika ketiga-tiga perkara diatas boleh diatasi.

1.28     Bolehkah anda buat bahan bercetak atau laman web sendiri untuk mempromosi bisnes ini?

Ya. Boleh. Anda boleh hubungi Ibu Pejabat Tone Excel bagi memastikan bahan-bahan anda tidak terkeluar dari garis panduan yang telah dibenarkan.

1.29     Bagaimana komisyen untuk Top Up RM80 itu dikira?

Sepanjang bulan dalam penyata anda hanya dicatitkan kiraan bagi Top Up kurang RM60. Komisyennya adalah hanya 6%, 3% dan 11%.

Apabila selesai hujung bulan, apabila nilai Top Up sebenar anda dikira dan jika ia melebihi RM80 maka sistem akan melakukan kiraan semula berdasarkan 8%, 3% dan 13% untuk di bayar kepada anda pada 21hb.

1.30     Apa perlu dibuat dengan borang permohonan?

ADMIN akan membantu anda mengisi borang permohonan. Anda tidak perlu memulangkannya kepada ADMIN.


2.0       Produk, Teknikal dan Kelebihan

2.1       Talian apa yang digunakan oleh prepaid Tone Excel dan Top Up apa yang perlu dibeli?

Prepaid Tone Excel menggunakan talian Tune Talk. Apabila anda beli Top Up, anda hanya perlu sebut Top Up Tune Talk dan bukan Top Up Tone Excel!

2.2       Bagaimana dengan coverage Tune Talk?

Tune Talk menggunakan infrastruktur Celcom. Jika coverage Celcom di kawasan anda bagus maka Tune Talk pun sama juga.

2.3       Bagaimana kadar panggilan keluar negara?

Kadar panggilan keluar negara boleh di lihat disini. Klik http://www.toneexcel.com/?content=iddcallrate

2.4       Adakah Sim Kad Tone Excel ini sama dengan Sim Kad Tune Talk yang dijual di kedai-kedai pada harga RM5.00?

Tidak. Walaupun manafaat Sim Kad Tune Talk yang dijual dikedai-kedai hampir sama dengan Sim Kad Tone Excel tetapi Sim kad tersebut tidak termasuk dalam Program Rujukan Tone Excel. Ia tidak boleh digunakan untuk menyertai program ini.

2.5       Bagaimana cara kekal nombor lama?

Anda perlu dapatkan Sim Kad Tone Excel dahulu, setelah itu satu nombor talian Tune Talk akan diberikan kepada anda (010/011). Sim Kad Tone Excel ini perlu diaktifkan seperti biasa menggunakan nombor baru tersebut.

Setelah itu, anda boleh memohon untuk menukar ke nombor lama dengan cara masuk ke Pejabat Maya dan klik menu mohon kekal nombor lama.

Pastikan anda telah menerima Sim Kad Tone Excel dahulu dan ia berada di tangan sebelum anda memohon pengekalan nombor. Ini bagi mengelakkan komplikasi. Syarat-syarat pengekalan terdapat dalam menu tersebut di Pejabat Maya. 

2.6       Bagaimana check baki dan lain-lain fungsi?

- Untuk Top Up adalah *122*<16 Digit># dan Call

- Untuk Check Baki *133# dan call

- Untuk kongsi kredit *111# dan pilih no 3 (kredit)

2.7       Bagaimana setting untuk kadar Istimewa Blackberry?

Untuk setting Tune Buddies, sila klik http://www.tonegroup.net:8080/toneexcel/tunebuddies.php

Untuk setting Blackberry, sila klik http://www.toneexcel.com/?content=blackberry

2.8     Bagaimana setting untuk akses internet GPRS?

Untuk melayari internet, anda perlu gunakan GPRS. Taipkan SET dan hantar ke 20999. Sila ikut arahan yang diberikan.

2.9     Apa perlu dilakukan apabila kehilangan Sim Kad?

Pertama sekali buat laporan terus ke ADMIN atau Ibupejabat Tone Excel untuk menghentikan penggunaan Sim Kad itu serta merta.

Seterusnya, dapatkan Sim Kad ganti melalui ADMIN laman web. Harga satu Sim Kad ganti adalah RM10. Sila tambah RM10 untuk penghantaran Poslaju.

2.10     Nombor IC/passport tersilap sewaktu pendaftaran. Apa yang perlu dilakukan?

Sila hantar maklumat keahlian melalui email ke Admin@WOWFreeCall.com.

Sila lampirkan SCAN IC/passport dengan jelas.

2.11     Setelah melakukan pengekalan nombor lama, handphone boleh terima Call In sahaja tetapi tidak boleh Call Out. Apa perlu dilakukan?

Kadang-kadang masalah ini berlaku, betulkan setting dalam hanphone anda dengan langkah berikut:

1. Dalam handphone anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING

2. Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain dari Tune Talk dan CELCOM. Anda kena pilih DIGI atau MAXIS.

3. Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNE TALK atau CELCOM.

4. Sila OFF handphone anda dan ON semual dan cuba buat panggilan keluar dan masuk.

Jika masih ada masalah, sila hubungi khidmat pelanggan Tune Talk di 13100 atau 010 5001 333 atau Tone Excel 010 5000 969 untuk pembetulan setting.

2.12     Berapakah nilai tambah Top Up yang dijual dan berapa lama tempoh masa kegunannnya?

RM 5.00 - 5 Hari

RM10.00 - 11 Hari

RM30.00 - 50 Hari

RM50.00 - 75 Hari

2.13     Bagaimana  jika terdapat masalah mendapatkan TAC Bank?

Tune Talk - Tone Excel kini telah boleh menerima TAC dari Maybank2U dan CIMBClicks. Jika terdapat masalah, sila pergi ke mesin ATM, tukar ke nombor talipon lain dahulu dan masuk semula dan tukar semula ke nombor Tone Excel anda.

2.14     Kenapa Sim Kad perlu segera di gunakan dengan cara membuat satu sms atau call selepas ia diaktifkan?

Setelah Sim Kad diaktifkan dan mempunyai nombor, selagi anda tidak melakukan satu sms atau satu call maka sistem Tune Talk tidak mencatitkan penggunaan pertama menyebabkan Upline anda tidak menerima BONUS Rujukan RM20. Oleh kerana perkara ini agak serius, ADMIN mengambil keputusan untuk melakukannya sebelum di hantar kepada anda. Ini menyebabkan airtime anda berkurang sedikit dari RM30.00.

2.15     Bagaimana pelan Top Up Tune Talk dan dapat Point (mata) untuk tebus tiket kapalterbang Air Asia berfungsi?

Setiap kali anda Top Up anda akan mendapat mata (point). Jika anda kumpulkan point itu, ia boleh ditukarkan dengan tiket kapal terbang Air Asia. Contohnya, anda Top RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda Top RM50, anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan points ini, jika sudah cukup, anda boleh tukarkan dengan tiket Air Asia untuk naik kapalterbang PERCUMA. Contohnya, jika cukup 3000 points, anda boleh terbang ke Langkawi secara PERCUMA.

Untuk menyemak point diterima sila dail *133#. Jika anda tidak mendapat point tersebut, sila dail Tune Talk di 13100 dan minta membuat pembetulan.

Untuk menyemak maklumat lanjut tentang perkara ini, sila klik link ini -http://tunetalk.com/services/pointshow

2.16     Bagaimana untuk layak mendapat perlindungan Insuran?

Perlindungan insuran kemalangan peribadi (PA) mula layak setelah 61 hari Sim Kad anda diaktifkan. Anda perlu Top Up minima RM30 selama 2 bulan berturut-turut.

2.17     Bagaimana untuk tahu samada anda layak mendapat perlindungan Insuran?

Setelah 61 hari dan Top Up RM30 dua bulan berturut, untuk memeriksa kelayakan anda samada telah mula dilindungi atau tidak, anda boleh memasukkan nombor IC/passport anda di laman web Tune Talk atau klik link ini  - http://www.tunetalk.com/services/insurance

2.18     Bagaimana untuk tahu policy wording atau butir-butir terperinci perlindungan, apa yang layak dan apa yang tidak layak?

Untuk memeriksa butir-butir policy wording dan kesemua syarat-syaratnya, sila ke laman web Tune Talk. Anda boleh download polisi perlindungan tersebut di  http://tunetalk.com/files/pdf/TUNE_TALK_GPA_POLICY.pdf

atau terus download fail PDF disini -

http://tunetalk.com/files/pdf/TUNE_TALK_GPA_POLICY.pdf

2.19     Bagaimana untuk dapatkan borang tuntutan?

Borang tuntutan boleh di download di laman web TuneTalk atau klik disini -

http://tunetalk.com/files/pdf/PA_Claim_Form.pdf

2.20     Boleh terangkan tentang penama insuran?

Anda boleh menamakan sesiapa sebagai penerima insuran 100K tersebut. Jika anda ingin menamakan atau mengubah maklumat penama, sila download borang ini dan hantar ke Tune Talk.

Borang boleh didapati di laman web Tune Talk atau klik link ini -

http://tunetalk.com/files/pdf/NOMINATION_FORM_FOR_TUNE_TALK.pdf

2.21     Bagaimana jika saya ingin maklumat lebih lanjut mengenai insuran?

Jika anda mempunyai kekeliruan mengenai insuran, anda boleh mengkaji Soal Jawab insuran di laman web Tune Talk atau klik link ini. -

http://tunetalk.com/services/insurancefaq

Anda juga boleh menalipon terus ke bahagian Tune Talk  Customer Service Officer di talian 03 2070 2828 atau 03 2070 8033

 

3.0       Laman Web WOWFreeCall.com

3.1       Apakah fungsi laman web WOWFreeCall.com ini?

Laman web WOWFreeCall.com adalah laman web promosi dan penajaan oleh ahli-ahli sahaja.

Laman web bebas Program Rujukan Tone Excel ini diuruskan oleh ADMIN Kamaruzaman Zainal seorang peserta Program Tone Excel bertaraf Service Center.

Ia bertujuan membantu ahli baru dalam kumpulan beliau mengembangkan bisnes ini secara online.

3.2       Apakah kebaikan menggunakan laman web ini?

Anda akan diberikan satu laman web promosi (replika) atas nama anda untuk mempromosi diri anda dalam bisnes ini. Satu link akan diberikan berdasarkan username yang anda daftarkan di laman web ini. Pemberian laman web promosi atas nama anda ini adalah PERCUMA.

Tugas anda bertambah mudah apabila segala penerangan maklumat telah tersedia di laman web ini. Anda hanya mempromosi link laman web anda sahaja kerana sesiapa yang mendaftar melalui laman web promosi anda akan didaftarkan sebagai ahli downline anda.

3.3       Bagaimana cara saya mempromosi dan menaja orang lain menggunakan laman web ini?

Anda mempromosi link laman web promosi anda sahaja. Minta kenalan tersebut membaca maklumat dan bantu beliau memahami segala perkara yang terdapat dalam laman web.

Apabila mereka bersedia, minta mereka mendaftar di laman web promosi anda tersebut. Dengan jelas, nama anda akan tertera sebagai Penaja apabila beliau mula mendaftar.

Seterusnya, mereka perlu membeli Sim Kad seperti mana yang telah di beritahu caranya di Pejabat Maya laman web beliau. Apabila mereka melakukan pembelian, ADMIN akan mendaftarkan mereka sebagai ahli downline anda.

3.4       Boleh terangkan cara link dibuat terutama apabila mempromosi di Facebook?

Okay, apabila anda mendaftar di laman web ini, anda diminta memilih username. Pilih username yang menarik dan mudah diingat kerana anda akan memberikan link anda kepada kenalan. Jika mereka salah eja username anda, maka mereka tidak akan sampai ke laman web anda.

Katakan anda telah memilih username contohnya - jutawan. Apabila anda berjaya mendaftar diri dalam laman web ini, anda akan mendapat link seperti ini - www.wowfreecall.com/jutawan

Link ini adalah alamat laman web promosi anda. Sesiapa yang mendaftar menggunakan link ini akan menjadi prospek pengguna anda. Anda boleh menyemaknya di Pejabat Maya.

Apabila anda mempromosi di mana-mana, tulis dengan lengkap, ejaan alamat link tersebut mesti betul. Jangan letak titik atau jarak yang akan menyebabkan link itu salah.

Di Facebook, apabila anda menaip link itu, gambar-gambar yang bersesuaian boleh dipilih. Ayat-ayat promosi boleh ditulis sebelum anda taip link tersebut. Jika anda dapati tiada gambar keluar, anda boleh copy sahaja ayat promosi tersebut bersama alamat link dan buat post yang baru.

3.5       Bagaimana dengan mereka yang tidak biasa mengunakan sistem online, tiada komputer, laptop boleh menjalankan bisnes ini?

Bisnes ini boleh dilakukan secara offline iaitu:

1. Beli Sim Kad yang belum diaktifkan

2. Gunakan sistem SMS dalam Pejabat Maya laman web ini .

3.6       Bagaimana dengan mereka yang tidak ada alamat email?

Laman web ini banyak menggunakan email yang akan ditujukan kepada anda. Agak sukar bisnes beroperasi dan berhubung bila anda tiada alamat surat menyurat secara email. Sila buat satu email sendiri.

3.7       Apa proses yang berlaku selepas saya membuat PEMBAYARAN?

Sila pastikan anda telah pun mengisi penuh maklumat peribadi (profile) anda dan juga telah melakukan PEMBAYARAN sebelum menghantar Laporan PEMBAYARAN (submit).

LANGKAH 1 - Setelah menerima Laporan PEMBAYARAN, pihak ADMIN akan menyemak butir-butir PEMBAYARAN dan maklumat profile anda. Jika segala maklumat dan butir yang diperlukan telah lengkap, ADMIN akan mengesahkan penerimaan kedua-dua perkara tersebut dengan menghantar email pengesahan PEMBAYARAN. Akaun anda akan di UPGRADE VIP serta merta. Proses ini akan mengambil masa 1 hari bekerja.

LANGKAH 2 - Selepas akaun anda di UPGRADE VIP, pihak ADMIN akan menguruskan Pendaftaran Talian TuneTalk anda dan setelah itu mendaftarkan pula anda sebagai ahli Program Rujukan Tone Excel. Pihak anda akan diberitahu mengenai perkembangan kedua-dua proses ini juga melalui email. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua proses pendaftaran TuneTalk dan keahlian ToneExcel ini akan mengambil masa 1-2 hari bekerja.

LANGKAH 3 - Setelah semua langkah diatas selesai, pihak ADMIN akan menguruskan penghantaran Sim Kad Prepaid Tone Excel kepada anda. Anda dijangka menerima bungkusan penghantaran setelah 3-4 hari bekerja bergantung kepada lokasi dan alamat anda.

Sim Kad Prepaid Tone Excel dijangka berada ditangan anda setelah 7 hari bekerja.

Semua urusan dan makluman akan diberitahu melalui email. Sila semak email anda selalu.

3.8       Apa perlu saya buat sekiranya tidak menerima sebarang berita setelah melakukan PEMBAYARAN?

PENTING! Setelah PEMBAYARAN, jika anda tidak menerima sebarang berita melalui email setelah 3 hari bekerja, sila hubungi ADMIN dengan segera di Hotline 010-7962696 melalui panggilan atau sms.

 

Jika anda tidak mendapat jawaban kepada persoalan anda seperti di atas, anda boleh juga menghubungi :

1. Penaja Anda

Anda telah melayari laman web ini tanpa penaja. Sila masukkan username penaja anda di bawah:

*Jika anda tidak ada penaja sila masukkan penaja anda: admin

 

2. Pembekal Talian Tune Talk
Tune Talk Care Line- 13100
 

3. Penganjur Program Tone Excel
Tone Excel Care Line - 010-5000 969/ 010-5333 969
 

4. ADMIN Laman Web
Kamaruzaman Zainal - 010-796 2696


************* Selamat Berjaya! Terima Kasih *************

 

 

 

 

 


 



Statistik Pelawat

Jumlah Ahli :
Pelawat Online : 2
Jumlah Lawatan : 208697
Tarikh : 20/12/2014
IP : 54.242.126.9

 

Blog Komuniti WOW!

Masukkan alamat email anda untuk melanggan blog ini dan anda akan menerima pemberitahuan tentang sebarang 'post' terbaru melalui email.

Join 1,922 other followers

Contact ADMIN


Facebook
+6010-7962696

Admin@WowFreeCall.com